MIZ SARA BLOGGER
Kawan Sampai Akhir Hayat
Sahabat sejati sahabat setia ,
Ikhlas bersahabat membawa berkat ,
Selalu memberi nasihat berguna ,
Agar selamat dunia akhirat .
Selalu memberi nasihat berguna ,
Agar selamat dunia akhirat ,
Buat panduan dimana berada ,
Agar persahabatan membawa berkat .
Suka duka dikongsi bersama ,
Hadapi cabaran dengan tenang ,
Sahabat sejati berhati mulia ,
Sanggup bersama susah dan senang .
Semasa didunia baik dihargai ,
Jangan sampai pergi tak kembali ,
Bermacam-macam kawan boleh dicari ,
Tak mungkin sama sahabat sejati .
Thursday, 18 August 2011
Wednesday, 17 August 2011
Hidup adalah warna-warni ,
Jika datang cinta selalu ,
Menuntut pengorbanan ,
Sejak manusia pertama .
Aku adalah pencinta biasa ,
Yang dengan hati mencintaimu ,
Mencintai dengan caraku ,
Cinta yang mengharapkan setia .
Cinta tanpa kata-kata ,
Cinta seperti embun dan pagi ,
Cinta seperti bulan dan bintang ,
Cinta seperti api dan bara .
Kamu telahku pilih untuk cintaku ,
Bukan cinta kerana nafsu ,
Bukan cinta untuk berdusta ,
Tapi cinta untuk meraih bahagia .
Ku nikmati semua waktu yang ada ,
Walau hhanya dalam dunia maya kita bersua ,
Walau hhanya dalam nada mendengar suara ,
Nuraniku menyimpan harapan menjadi nyata ,
Serta berharap dapat menikahimu untuk selamanya .
Jika datang cinta selalu ,
Menuntut pengorbanan ,
Sejak manusia pertama .
Aku adalah pencinta biasa ,
Yang dengan hati mencintaimu ,
Mencintai dengan caraku ,
Cinta yang mengharapkan setia .
Cinta tanpa kata-kata ,
Cinta seperti embun dan pagi ,
Cinta seperti bulan dan bintang ,
Cinta seperti api dan bara .
Kamu telahku pilih untuk cintaku ,
Bukan cinta kerana nafsu ,
Bukan cinta untuk berdusta ,
Tapi cinta untuk meraih bahagia .
Ku nikmati semua waktu yang ada ,
Walau hhanya dalam dunia maya kita bersua ,
Walau hhanya dalam nada mendengar suara ,
Nuraniku menyimpan harapan menjadi nyata ,
Serta berharap dapat menikahimu untuk selamanya .
Subscribe to:
Posts (Atom)
Jika Aku Jatuh Hati
Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah ..
Jika aku jatuh cinta ,
Cintakanlah aku pada seseorang yg melabuhkan cintanya padamu ,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu ..
Ya Muhaimin ..
Jika aku jatuh hati ,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yg hatinya bertaut padamu ,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu ..
Ya Rabbana ..
Jika aku jatuh hati ,
jagalah hatiku padanya ,
Agar tidak berpaling daripada hatimu ..
cinta tidak memerlukan sebab
Seorang suami isteri berjalan di tepi tasik yg indah .Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yg disediakan di tepi tasik .Kemudian si isteri bertanya kpda si suami .
Isteri : Mengapa abg menyukai saya ?Mengapa abg cintakan saya ?
Suami : Abg tidak boleh menergkan sebbnya ,namun begitu abg amat menyayangi dan mncntai sayang !
Isteri : Abg tak boleh tergkan sbbnya ?Bagaimana abg boleh katakan abg syg dan cntakan saya sedangkan abg tidaak boleh menergkannya.
Isteri : Abg tak boleh tergkan sbbnya ?Bagaimana abg boleh katakan abg syg dan cntakan saya sedangkan abg tidaak boleh menergkannya.
Suami : Betul !Abg tak tahu sbbnya tetapi abg boleh buktikan bhawa abg mmg cntakan sayang !
Isteri : Tak boleh beri bukti !Tidak !Saya nak abg terangkan kpda saya sbbnya .Kawan-kawan saya yg lain mmpunyai suami dan teman lelaki ,semuanya tahu menergkan mengapa mereka mncintai .Dalam bentuk puisi dan syair lagi .Namun begitu abg tak boleh tergkan mengapa sbbnya .
Si suami menarik nafas panjg dan berkata ,''Baiklah !Abg mencintai sayang sebab sayang cantik ,mmpunyai suara merdu ,penyayang dan mengingati abg selalu .Abg juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak syg melangkah ,di situlah cinta abg bersama sayang!''
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya .Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma .Si suami amat amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu isterinya tetap mendengar ,
''Sayang !Jika disebabkan suara aku mencintaimu ..sekarang bolehkah engkau bersuara ?Tidak !Oleh itu aku tidak boleh mncntaimu .
Jika disebabkan disebabkan kasih syg dan ingatan aku mencintaimu ..sekarang bolehkah engkau menunjukkannya ?Tidak !Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu .
Jika disebabkan senyuman aku mencintaimu ..sekarang bolehkah kau tersenyum ?Tidak !Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu .Jika disebabkan setiap langkah aku mncntaimu ..sekarang bolehkah engkau melangkah ?Tidak !Oleh itu aku tidak mencintaimu .
Jika cinta memerlukan sebabnya ,seperti sekarang .Aku tidak mempunyai sebab mencintaimu lagi .Adakah cinta memerlukan sebab ?Tidak !Aku masih mencintaimu dulu ,kini ,dan selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab .Kadangkala perkara tercantik dalam dunia ini tidak boleh dilihat ,dipegang ,namun begitu ,ia boleh dirasai dalam hati .''
Maka menitis lah air mata si isteri yg masih dalam keadaan koma itu ...
Hidup ini putaran roda
Di suatu hari ,ketika suami isteri sedang duduk makan ,datang seorang pengemis yg lusuh serta lapar meminta makanan .
''Tolonglah tuan ,sejak semalam aku tidak menjamah apa-apa''.Dengan muka yang bengis ,si suami menghalau dan menengking si pengemis itu .
Si suami berkata di dalam hati ''Aku membina kekayaan bukan untuk org lain ,tetapi untuk diri dan keluargaku'' .Si isteri ingin bersedekah tetapi tidak dapat berbuat demikian melihatkan sikap suaminya .
Beberapa tahun kemudian ,perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin .Dia menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya .Setahun kemudian isterinya yang masih cantik itu berkahwin dengan lelaki lain .
Pada suatu hari ,sedang si isteri dan si suaminya menghadap makanan ,datang seorang pengemis mengetuk pintu rumah mereka sambil meminta belas kasihan .Mendengar rayuan pengemis itu ,si suami menyuruh isterinya mghidangkan sepinggan nasi berisi lauk kepada si pengemis itu .
Setelah memberikan sepinggan nasi itu kepada pengemis itu ,si isteri menekup muka sambil menangis dan berkata kepada si suami bahawa pengemis itu adalah bekas suaminya yg dulu pernah menengking seorg pengemis .
Suaminya yg baru itu menjawab dgn tenang ''Demi Allah ,akulah pengemis yg dihalau dan ditengkingnya dulu.''
Cerita ini mmberi penggajaran bahawa hidup kita seperti puttara roda dan tidak selalunya di atas .Ada masanya kita akan turun ke bawah dan naik semula atau sebaliknya .
''Sesiapa yg mempunyai harta ,bersedekahlah dengan kekayaannya ,barang siapa mmpunyai ilmu ,bersedekahlah dgn ilmunya dan sesiapa mmpunyai tenaga ,bersedekahlah dgn tenaganya.''















